Thursday 20 October 2011

PENGGANDAAN



Kata Ganda Seluruh /Penuh
-Melibatkan seluruh kata dasar
-Tanpa sebarang perubahan bentuk
-Diberi tanda sempang
-Terdiri daripada kata nama, kata   adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
- Bermaksud jamak/banyak, satu atau tunggal, dan banyak yang bersifat untuk menguatkan keterangan.
Contoh: tupai-tupai, cepat-cepat dan sebagainya.

Kata Ganda Separa
-Melibatkan sebahagian kata dasar.
-Bunyi vokal suku kata pertama bertukar menjadi vocal tengah, iaitu “e”
Tidak diberi tanda sempang
-Bermaksid jamak/banyak,satu/tunggal, dan menyerupai sesuatu
- terdiri daripada kata nama
Contoh: bebawang, cecair, dan sebagainya

Kata Ganda Berirama/Berentak
-Menggunakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu
-Disertai tanda sempang
-Membawa maksud bermacam-macam, paling/sangat, sering/berkali-kali.
Contoh : kuih-muih,lalu-lalang,segar-bugar, dan sebagainya

Kata Ganda Berimbuhan
-Berimbuhan awalan, akhiran, sisipan,atau apitan
-Tidak memerlukan kata “saling”
-Digunakan pada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan
-Disertai tanda sempang
-Contoh:bunga-bungaan, bertiga-tigaan, dan sebagainya



No comments:

Post a Comment